BELANJAWAN 2024 > BERITA

Descente Lancar Kedai Di Exchange TRX, Yang Pertama Di Asia Tenggara

27/09/2024 01:27 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Jenama sukan profesional premium, Descente, melancarkan kedainya yang pertama di Asia Tenggara di Malaysia di The Exchange TRX, di sini.

Jenama yang menumpukan kepada kualiti dan inovasi, jenama pakaian sukan premium itu menawarkan koleksi untuk ski dan papan salji, golf, latihan, berlari dan berbasikal.

Pengurus Besar Avid Sports Malaysia Pang Sook Fong berkata membawa Descente ke Malaysia adalah langkah strategik, untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang bagi komuniti olahraga yang aktif dan profesional.

“Pembukaan kedai kami di Kuala Lumpur satu peristiwa penting bagi jenama itu dan menandakan permulaan komitmen kami yang lebih mendalam untuk berkembang di seluruh rantau ini.

“Ia membuktikan visi jangka panjang kami untuk menjadi pemain terkemuka dalam industri pakaian sukan dan mencerminkan strategi kami yang lebih luas untuk mewujudkan jejak signifikan dalam pasaran baharu ini,” katanya pada majlis pembukaan kedai itu semalam.

Pang berkata koleksi yang dibawakan Descente diperhebatkan dengan hasil kepakaran ketukangan selama lebih 89 tahun dan inspirasi inovasi untuk masa hadapan.

“Sama ada anda bermain ski menuruni gunung, bermain golf atau berlari dan berbasikal, Descente menyediakan pelbagai pilihan yang membolehkan atlet dan peminat sukan mencapai prestasi terbaik,” katanya.

Ditubuhkan pada 1935, Descente - yang bermaksud ‘berski menuruni bukit’ dalam bahasa Perancis - mempunyai warisan yang kaya dalam ski dan terkenal dengan bahan termaju dan ketukangan pakar.

Jenama ini menampilkan teknologi canggih, termasuk Motion 4D, pemetaan pergerakan dan sistem peredaran haba, memastikan prestasi dan keselesaan optimum untuk atlet.

Descente telah menjalin perkongsian strategik dengan pasukan sukan kebangsaan dan atlet individu terkemuka, termasuk Marco Odermatt, Taylor Spivey, Xander Schauffele, Pasukan Ski Alpine China, Pasukan Ski Alpine Switzerland, Pasukan Ski Cross Kanada, Pasukan Ski Alpine Sepanyol dan Pasukan Bobsleigh dan Skeleton Kebangsaan Jerman.

Untuk meraikan pembukaannya bermula hari ini hingga Ahad (29 Sept), peminat sukan dijemput untuk melawat pameran di Centre Court of The Exchange TRX untuk meneroka dan melibatkan diri dengan jenama dan  tawaran disediakan. Descente  terletak di G.35.A, Tingkat Bawah, dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan