BELANJAWAN 2024 > BERITA

PM Anwar Dahului Senarai 763 Penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan

29/09/2024 03:25 PM

KOTA BHARU, 29 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-55 hari ini.

Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Seratus individu menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini hari ini, dengan 35 daripadanya menerima gelaran Datuk.

Mendahului penerima di Istana Balai Besar hari ini ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Berhad Datuk Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd Datuk Mohd Khidir Yaacob yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Ia disusuli dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Zulkeffeli Mat Jusoh yang dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Pegawai Kewangan Negeri Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Profesor Jabatan Al-Quran dan Al-hadith Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Rosnazli Amin pula masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Dua individu pula menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) iaitu Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Nordin Muhamad dan mantan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.

Sementara itu, Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) New York Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Dr Ahmad Anuar Othman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican pula dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Abd Rahman Yunus, Principal Architect (Masa Architect) Mohd Asri Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wam Roslan Wan Mamat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Azahar Mohd Shariff, Ahli Perniagaan Daniyar Kessikbayev, peguam Law Yew Foo, Michael Kalum Moggie dan Ahli Perniagaan Tan Say Yap.

Ketua Provos Marsyal Markas Markas ATM, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Provos Marsyal ATM Brig Jen Suhaimi Shamsuddin pula dianugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muzamil Ali, Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Markas Tentera Darat, Jabatanarah Artileri Diraja Brig Jen Datuk Norazman Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Mej Jen Saharudin Harun.

Selain itu, tujuh individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ab Pattah Hasbullah, Ahli Jemaah Ulama (Pesara) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Abdul Kadir Muhammad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Amran Abd Kadir, Hakim Mahkamah Tinggi 1, Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Azmi Abdullah, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Hazri Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Mohd Anis Hussein dan Pengarah Elit Hartanah Phe Sdn Bhd Rahmat Kasim.

Sementara itu, Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd Muhamad Nazri Pazil menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Mantan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Sheik Azhar Sheik Omar pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) yang membawa gelaran Datuk.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan