BELANJAWAN 2024 > BERITA

Mohd Najeeb Presiden Baharu MTBC Selepas 50 Tahun

29/09/2024 04:50 PM

PETALING JAYA, 29 Sept (Bernama) -- Datuk Mohd Najeeb Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) yang baharu selepas 50 tahun pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di sini hari ini. 

Mohd Najeeb, penyandang timbalan presiden yang menang tanpa bertanding, berkata cabaran terbesarnya selepas ini adalah untuk meningkatkan lagi prestasi skuad negara.

“Kita sedang merencanakan beberapa perancangan untuk kita mencipta kegemilangan yang lebih baik pada masa akan datang.Kami juga yakin mampu melahirkan lebih ramai atlet baharu bertaraf dunia pada masa akan datang,” katanya pada sidang mediaselepas pemilihan itu.

Untuk rekod, jawatan Presiden MTBC sebelum ini disandang oleh pengasasnya mendiang Datuk Dr P S Nathan sebelum melepaskan jawatannya itu pada Mei lalu.

Dr Nathan meninggal dunia pada 22 Sept lepas pada usia 90 tahun.

 

Barisan Kepimpinan MTBC 2024-2026:

Presiden: Datuk Mohd Najeeb Abdullah

Timbalan Presiden: Sunny Si Poh Heng

Naib Presiden Mengikut Zon:

Datuk Shalin Zulkifli (Selangor); Hidzir Ahmad (Kedah); Mazlan Said (Melaka); Zamzuriadi Shamsudin (Pahang); Rozzainny Sham Talip (Sabah);Robert Lu Nam Min (Sarawak).

Setiausaha: Maradona Chok

Bendahari Kehormat: Choo Yew Kuen

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan