BELANJAWAN 2024 > BERITA

Bernama Rangkul Dua Anugerah Utama Kinabalu Press Award 2024

30/09/2024 12:19 AM

KOTA KINABALU, 29 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkul dua anugerah utama dan empat merit pada Kinabalu Press Award 2024 di sini malam ini.

Ketua Biro Bernama Sabah Fadzli Ramli dan wartawan Allahyarham Nur Adika Bujang memenangi Anugerah Utama Laporan Berita (Bukan Rencana) Bahasa Melayu menerusi penulisan mengenai guru besar tinggal dalam stor sekolah lebih tiga tahun demi pendidikan anak muridnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,500 dan sijil.

Nur Adika meninggal dunia pada 17 Mac lepas di Sandakan.

Wartawan Noorazlina Jindeh pula meraih Anugerah Utama Kewartawanan Alam Sekitar Bahasa Melayu menerusi artikel tentang konflik manusia dan buaya di Sabah, juga menerima wang tunai RM2,500 serta sijil.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hadir merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah utama.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai serta Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Selain itu, Fadzli dan Arthur Edward meraih Merit bagi Laporan Rencana dan Berita Rencana Bahasa Melayu menerusi penulisan berkaitan tuntutan kumpulan mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Merit bagi Laporan Hiburan, Budaya dan Seni Bahasa Melayu diterima Rohana Nasrah menerusi artikel mengenai hiasan manik Jalur Gemilang manakala Merit bagi Laporan Perniagaan dan Ekonomi Bahasa Melayu diraih Fadzli menerusi penulisan berkaitan harga beras Sabah yang lebih mahal berbanding Semenanjung. 

Jurufoto Muqtadir Halim pula meraih Merit bagi Gambar Terbaik.

Kesemua pemenang merit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan