BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong

21/11/2024 06:42 PM

KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Dabong menyelamatkan seramai 40 yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, petang ini.

Komander Operasi Mohd Aiman Aminuddin berkata mangsa terdiri daripada 21 kanak-kanak dan 19 orang dewasa.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.24 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

"Kami mengerahkan tujuh keanggotaan ke lokasi kejadian untuk tindakan menyelamatkan kesemua mangsa terperangkap itu.

"Bomba menggunakan bot untuk memunggah dan memindahkan kesemua mangsa yang terperangkap ke dalam bot dan operasi menyelamat selesai pada 5.13 petang hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, bomba menasihati orang awam agar menghentikan kesemua aktiviti rekreasi dan sukan lasak, selain tidak ke kawasan yang berisiko tinggi pada musim tengkujuh ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan