ISTANBUL, 23 Nov (Bernama-AA) -- Gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) Amazon, pada Jumaat mengumumkan pelaburan bernilai US$4 bilion dalam syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic, sebagai langkah kerjasama strategik, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).
Anthropic akan menggunakan penyelesaian awan Amazon, Amazon Web Services (AWS), sebagai penyedia utamanya dan memanfaatkan cip Trainium dan Inferentia AWS untuk melatih model AI miliknya.
“Kami akan terus melangkaui batasan untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan dengan teknologi AI generatif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AWS, Matt Garman, dalam satu kenyataan.
Anthropic terkenal dengan keluarga Claude model bahasa berskala besar (LLM) serta alatan AI lain yang bersaing dengan ChatGPT keluaran OpenAI.
Pelaburan terbaru itu berikutan pengumuman awal Amazon untuk melabur US$1.25 bilion dalam Anthropic pada September 2023 dan US$2.75 bilion pada Mac 2024.
Jumlah pelaburan keseluruhan Amazon dalam Anthropic kini mencecah US$8 bilion.
-- BERNAMA-AA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial