BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Projek menaik taraf infrastruktur di pekan Pelabuhan Klang yang dijalankan menerusi empat fasa pembangunan telah bermula sejak April lepas, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim.
Beliau berkata projek dimulakan dengan fasa satu dan dua melibatkan kerja naik taraf kemudahan infrastruktur di Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Syahbandar dan sekitarnya pada 12 April melibatkan kos RM797,361.
“Dianggarkan 97 peratus telah siap dan tinggal kerja-kerja premix sebelum disiapkan sepenuhnya,” katanya menjawab pertanyaan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) berhubung status terkini Rancangan Pembangunan Pekan Pelabuhan Klang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Ng berkata kerja naik taraf itu turut melibatkan laluan pejalan kaki, memulihkan pulau dan median, mengecat pier jejambat, membina tonggak jalan serta kerja landskap.
Beliau berkata projek pembangunan Pekan Pelabuhan Klang akan diteruskan di fasa tiga iaitu kerja pembersihan dan fasa terakhir membabitkan cadangan meroboh dan membina semula tapak gerai sedia ada.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan sebanyak RM107 juta untuk pembinaan serta menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dalam memacu sektor logistik negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial