BELANJAWAN 2025 > BERITA

Untung Bersih Suku Ketiga Bank Islam Susut Kepada RM130.437 Juta

29/11/2024 04:31 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) susut kepada RM130.437 juta daripada RM140.541 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagaimanapun naik kepada RM1.166 bilion daripada RM1.138 bilion sebelum itu, kata kumpulan berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BIMB berkata penurunan keuntungan bersih terutamanya disebabkan jumlah overhed yang lebih tinggi, diimbangi oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan elaun bersih yang lebih rendah untuk rosot nilai pembiayaan.

“Jumlah overhed lebih tinggi sebanyak RM24.9 juta atau 7.0 peratus berbanding overhed pada suku ketiga 2023, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan kakitangan, perbelanjaan am dan perbelanjaan pemasaran yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM8.3 juta, RM6.2 juta dan RM5.6 juta ,” katanya.

Bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, BIMB mencatat keuntungan bersih sebanyak RM396.775 juta, peningkatan 0.5 peratus berbanding RM394.766 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.

Hasil pula meningkat kepada RM3.459 bilion daripada RM3.362 bilion sebelum itu.

Kumpulan itu berkata pertumbuhan keuntungan dipacu terutamanya oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan pengurangan elaun bersih untuk rosot nilai pembiayaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan