BELANJAWAN 2025 > BERITA

UNRWA: Keadaan Kelangsungan Hidup 75,000 Penduduk Gaza Semakin Meruncing

29/11/2024 06:48 PM

NEW YORK, 29 Nov (Bernama-WAFA) -- Agensi Kerja daan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA dalam hantaran di platform X pada Khamis menjelaskan bahawa anggaran menunjukkan antara 65,000 dan 75,000 orang masih terperangkap di kawasan utara Gaza yang dikepung dan selama lebih 50 hari mereka berhadapan dengan keadaan hidup yang semakin kritikal.

Ia turut menyebut kawasan Jabalia, Beit Lahia dan Beit Hanoun hampir tidak menerima bantuan kemanusiaan selama beberapa minggu di tengah-tengah permusuhan ganas yang berterusan.

UNRWA menambah bahawa sejak tiga hari lalu menyaksikan hujan lebat dan penurunan suhu yang ketara, manakala ribuan keluarga yang dipindahkan dari kawasan terkepung kini berdepan kesejukan dan hujan musim sejuk tanpa selimut, tilam atau tempat berlindung yang mampu melindungi mereka daripada air.

“Dari 6 Okt hingga 25 Nov 2024, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat 91 percubaan berulang untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke tiga kawasan ini, tetapi 82 percubaan ditolak secara mutlak, manakala sembilan lagi dihalang,” menurut agensi itu.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan