BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
AMSTERDAM, 29 Nov (Bernama-dpa) -- Syarikat pajakan pesawat Avolon yang beribu pejabat di Dublin, mengumumkan pada Jumaat penyerahan pesawat pertama daripada 20 pesawat Airbus A330neo yang akan dipajak kepada Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines.
Pesawat itu dihantar ke Pusat Penghantaran Airbus di Toulouse, jelas syarikat itu, sambil menambah baki pesawat akan dihantar menjelang 2028, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Urus niaga itu pertama kali diumumkan pada Ogos 2022, yang terdiri daripada penempatan 10 pesawat A330neo daripada senarai pesanan Avolon dan 10 pesawat A330neo yang akan diperoleh oleh MAG melalui penjualan dan pajakan balik.
Enjin Trent 7000 Rolls-Royce menggerakkan A330neo dan memberikan kebolehpercayaan yang menerajui pasaran.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial