KOTA BHARU, 29 Nov (Bernama) -- Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata peperiksaan tetap berjalan seperti biasa termasuk di negeri terjejas bencana itu bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan calon SPM.
"Kementerian saya telah mempersiapkan pusat-pusat peperiksaan SPM supaya mereka mempunyai keupayaan menerima calon luar dari daerah mereka dalam situasi kecemasan akibat bencana banjir.
“Kalau sesebuah sekolah itu terjejas, mereka boleh mengambil peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Demit di sini hari ini.
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan bersedia daripada pelbagai aspek dan telah mengambil langkah drastik memastikan semua calon menduduki peperiksaan SPM sekiranya sekolah mereka terjejas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial