BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir: TPM Ahmad Zahid Rakam Terima Kasih Kepada Pengamal Media

01/12/2024 10:13 AM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan buat pengamal media yang bertugas di kawasan bencana.

“Sepanjang dua hari lawatan saya ke kawasan yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengamal media yang bertugas di lapangan.

“Mereka adalah wira tak didendang yang sentiasa hadir di mana-mana sahaja, tidak kira dalam apa jua keadaan. Liputan dan laporan yang mereka hasilkan amat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan setiap perkembangan diketahui, sekali gus membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Saya benar-benar menghargai usaha dan pengorbanan anda semua. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin kepada kita untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan