GENEVA, 11 Dis (Bernama-WAM) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Selasa yang malaria berkemungkinan menjadi punca peningkatan kes penyakit kebelakangan ini di Republik Demokratik Congo, menurut Agensi berita Emirates (WAM).
Sejak Oktober, lebih 400 orang dijangkiti dan 31 meninggal dunia di Panzi - sebuah kawasan pedalaman, yang terletak lebih 700 kilometer dari ibu negara Kinshasa.
Ujian awal mengesan malaria dalam 10 daripada 12 sampel perubatan pesakit, sekali gus meredakan kebimbangan yang penyakit misteri yang dikenali sebagai "Disease X" menjadi punca peningkatan kes itu.
Pakar WHO Abdi Rahman Mahamad menjelaskan yang bilangan kes selari dengan trend bermusim, khususnya semasa musim hujan yang sering membawa kepada peningkatan penyakit pernafasan, influenza dan malaria.
Kerajaan kekal berwaspada, terutama kerana kanak-kanak kecil di bawah usia lima tahun lebih terkesan secara tidak seimbang.
Kekurangan zat makanan, yang lazim di rantau ini, turut memburukkan risiko jangkitan teruk, menurut WHO.
-- BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial