BELANJAWAN 2025 > BERITA

SARAWAK TAWAR PENDIDIKAN KEWANGAN, PERAKAUNAN PERCUMA BERMULA 2026

14/12/2024 10:08 AM

KUCHING, 14 Dis (Bernama) -- Pengajian Kewangan dan Perakaunan antara disiplin penting yang akan ditawarkan di bawah dasar pendidikan tinggi percuma di kesemua universiti milik Sarawak bermula 2026, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Beliau berkata kedua-dua bidang itu penting bagi mengurus dan mengaudit aspek kewangan ekonomi hijau Sarawak yang sedang berkembang, terutamanya dalam bidang seperti perdagangan karbon dan kelestarian persekitaran.

"Selagi anda layak, anda dapat pendidikan percuma untuk belajar kewangan dan perakaunan kerana kami perlukan anda untuk mengaudit karbon kita, kami perlukan anda untuk mengira karbon, kami juga perlukan anda untuk mengira sesuatu yang tidak ketara. Dalam erti kata lain, itu akan menjadi disiplin yang berasaskan standard antarabangsa," katanya.

Bercakap pada Majlis Pemegang Taruh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia diadakan di sini malam tadi, beliau berkata akauntan memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan dan penilaian yang betul dalam sektor baharu itu.

"Satu portfolio tambahan kepada para akauntan ialah kelestarian. Anda tidak lagi bercakap mengenai pendapatan bersih (bottom lines) tetap anda bercakap tentang suatu portfolio baharu," katanya sambil menambah tanggungjawab akauntan telah berkembang secara signifikan berfokuskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan