KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.
Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata sesi itu penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.
Perdana Menteri berkata media adalah watak penting dalam memberikan kritikan, teguran, pandangan, ulasan dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.
“Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar hala tuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” menurut hantaran itu.
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial