BELANJAWAN 2025 > BERITA

KRW FC Perlu RM2 Juta Untuk Beraksi Pada Saingan A1 Liga Malaysia

21/12/2024 08:52 PM

KOTA BHARU, 21 Dis (Bernama) -- Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) memerlukan dana sebanyak RM2 juta untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KRW FC Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Menurut beliau, dana itu merupakan permulaan bagi saingan Liga A1 Liga-M untuk mempersiapkan pasukan dan memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain.

“Majoriti daripada 116 pelabur yang sebelum ini bersama Kelantan FC telah menyatakan hasrat mereka untuk turut bersama KRW FC,” katanya.

“Saya dan rakan-rakan pelabur yang sebelum ini membiayai Kelantan FC, kini bertekad untuk bersama KRW FC bagi meneruskan usaha membentuk pasukan ini,” tkatanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Usahasama dan Pelancaran Kelab Bola Sepak KRW FC di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata beberapa syarikat telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan penjana dan bekerjasama dengan KRW FC bagi mengukuhkan kewangan pasukan.

“Pihak kami kini sedang dalam proses memohon kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membolehkan KRW FC beraksi dalam saingan Liga A1 musim depan,” katanya.

“KRW FC ini adalah usaha kami untuk mengembalikan nama Kelantan The Red Warriors FC (TRW FC) yang telah hilang daripada radar bola sepak Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan