BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

12 institusi kewangan terlibat dana Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA - BNM

15/07/2020 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Dua belas institusi kewangan terlibat dengan dana Skim Pembiayaan Pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi pilihan pakej kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam industri pelancongan, seni serta budaya.

Perkara itu merupakan antara yang dikemukakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus kepada Datuk Seri Nancy Shukri sewaktu kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu di sini hari ini.

Pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini menyebut sewaktu pertemuan itu, Nor Shamsiah turut mengemukakan perincian dana tersebut.

“Menurutnya lagi (Nor Shamsiah), semua bank terlibat bersedia melaksanakan proses berkaitan dengan pengurusan dana tersebut serta-merta sebaik sahaja pengumuman dibuat,” menurut kenyataan itu.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat dan pengurusan tertinggi kementerian.

Sewaktu pertemuan itu, Nancy memaklumkan adalah penting untuk MOTAC bekerjasama dengan BNM bagi mendapatkan penjelasan senario terkini melibatkan kedudukan ekonomi negara khususnya impak semasa yang dihadapi penggiat industri pelancongan, seni dan budaya dalam negara, menurut kenyataan tersebut.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan