PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

Kerajaan lulus RM1.033 bilion pembiayaan PKS PENJANA setakat 13 Nov

24/11/2020 02:46 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov  -- Kerajaan meluluskan sebanyak 4,937 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai pinjaman RM1.033 bilion untuk menyokong perniagaan di bawah Pembiayaan PKS PENJANA setakat 13 Nov, 2020. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan juga telah menerima 478 permohonan PKS di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.

Pakej itu menawarkan kadar pembiayaan sebanyak 3.5 peratus bagi membantu kalangan usahawan sektor pelancongan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga tujuh tahun bagi tempoh pembiayaan.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 208 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM41.8 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-30 mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PENJANA yang dikeluarkan hari ini. 

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan