BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

Co-opbank Pertama sedia bantu pelanggan yang terjejas akibat banjir

18/01/2021 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) bersedia membantu para pelanggannya yang terkesan akibat banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri di Malaysia melalui program CB-Prihatin (Bencana Alam).

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CBP Mohd Nor Abd Razak berkata pihaknya telah mengarahkan semua cawangan bank CBP untuk mengenal pasti para pelanggan yang menghadapi kesulitan akibat banjir.

“Di samping bantuan ini, CBP juga telah melaksanakan moratorium pada ketiga-tiga fasa yang diumumkan oleh kerajaan yang telah memberi manfaat kepada lebih 50,000 pelanggan CBP,” katanya.

CBP berkata pelanggan yang terkesan akibat banjir boleh mendaftar nama melalui https://bit.ly/banjir2021 atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-88-7650.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan