BERITA COVID–19   COVID-19: Guru, wanita hamil kes indeks kluster baharu di Sabah | Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan | PKP perlu dilaksana meskipun tidak popular - Muhyiddin | Malaysia berdepan gelombang ketiga lebih mencabar - PM Muhyiddin | COVID: Malaysia catat kematian tertinggi 39 kes hari ini - KP Kesihatan | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Empat kenderaan musnah dalam kebakaran

18/04/2021 03:14 PM

GEORGE TOWN, 18 April -- Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta kawasan perumahan di Halaman Mayang 5, Taman Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini, musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.10 pagi.

"Sebaik tiba, pihak bomba mendapati api sedang marak… Sebuah van dan sebuah kereta jenis Proton Iswara hangus sepenuhnya manakala dua buah kereta lagi terbakar 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai  berpunca daripada pembakaran sampah berhampiran lokasi kejadian, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan