TENGKORAK, TULANG MANUSIA DITEMUKAN DI HUTAN KLEDANG SAIONG

24/04/2024 12:00 AM

IPOH, 23 April (Bernama) -- Satu tengkorak dan tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tengkorak dan tulang berkenaan dijumpai orang awam yang beriadah di kawasan tersebut kira-kira 11 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami dibantu unit forensik dan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan