PEKERJA WARGA BANGLADESH MAUT, TERTIMBUS RUNTUHAN TANAH

21/06/2024 07:20 PM

TAMPIN, 21 Jun (Bernama) -- Seorang buruh  warga Bangladesh tertimbus runtuhan tanah ketika sedang bekerja di dalam lubang sedalam 2.13 meter di tapak binaan projek Taman Regent Gemencheh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa diselamatkan oleh pekerja binaan yang berada di lokasi namun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh pada  jam 11.25 pagi tadi.

“Laporan berkenaan mangsa berusia 29 tahun itu diterima pada 10.50 pagi tadi daripada orang awam. 

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di dalam lubang baharu dikorek sedalam 2.13 meter dan lebar 1.52 meter bagi kerja pemasangan paip saluran najis bagi projek perumahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata namun tebing lubang tersebut didapati runtuh secara tiba-tiba lalu menimbus mangsa sehingga paras kepala. 

Amiruddien berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan