POLIS SELAMATKAN 26 LELAKI BANGLADESH DIKURUNG, JADI BURUH PAKSA

18/07/2024 05:18 PM

IPOH, 18 Julai (Bernama) -- Seramai 26 pendatang tanpa izin warga Bangladesh dikurung selama lapan hari sebelum diselamatkan sepasukan anggota polis dalam serbuan di Kampung Seri Perkasa, Hutang Melintang di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 51 tahun itu disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dan tidak bergaji.

Sehubungan itu katanya polis menahan tiga suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 32 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan terhadap satu bangunan telah menemukan seorang lelaki warga tempatan dan Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga kepada warga asing tersebut manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan selepas siasatan lanjut dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan