POLIS BENTONG MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN REMAJA PEREMPUAN HILANG

19/07/2024 03:45 PM

KUANTAN, 19 Julai (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas di Lurah Bilut, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, sekitar 12.15 tengah hari Rabu lepas.

Beliau berkata gadis itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dan berbadan sederhana itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Lama, Lurah Bilut, Bentong.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan