PELAJAR SEKOLAH MAUT DIGILIS KERETA SELEPAS MOTOSIKAL TERLANGGAR LUBANG

25/07/2024 02:06 PM

IPOH, 25 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar sekolah maut digilis kereta selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan akibat terlanggar lubang di Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pelajar wanita berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Batu Gajah akibat kecederaan parah di bahagian paha kanan dan kecederaan dalaman.

"Dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu,  mangsa yang menunggang motosikal dari arah Ipoh menuju ke Batu Gajah telah terlanggar lubang di bahu kiri jalan lalu hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan sebuah kereta yang dipandu wanita tempatan berusia 40 tahun.

"Mangsa terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta mana-mana saksi yang melihat kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan