SUSPEK KES BUNUH NUR FARAH KARTINI AKAN DIDAKWA ESOK

25/07/2024 03:57 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata suspek berusia 26 tahun akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang anggota polis di Perak kini direman.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan