Kes rasuah IMM13: SPRM tahan reman ibu dan anak perempuan tujuh hari

27/07/2024 10:09 PM

SANDAKAN, 27 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang ibu dan anak perempuannya selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM20,000 melibatkan pas lawatan IMM13 di sini, sejak 2022.

Perintah reman hingga 2 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Marilyn Kelvin.

Suspek berusia 50-an dan anaknya, 30-an, dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 bagi pelarian dari Filipina yang mencari perlindungan di Sabah akibat pergolakan pada awal 1970-an.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua beranak itu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lagi akan dibuat susulan penahanan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan