Polis Mohon Bantuan Kesan Mohd Rizal

29/07/2024 08:53 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 25 Jun lepas.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Rizal Mustafa kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Castlefield, di sini.

Menurut kenyataan berkenaan, bapa lelaki itu membuat laporan polis pada 27 Jun selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah. 

"Mohd Rizal berketinggian 168 sentimeter dan seberat 63 kilogram, berbadan kurus tinggi, berambut hitam dan pendek serta tidak memakai cermin mata," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Sarjan Rezan Ramli menerusi talian 011-7113 0428, Balai Polis Salak Selatan Baru 03-7981 5053 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan