Sprm Tahan Pemilik Syarikat Kemuka Tuntutan Palsu Di Tawau

29/07/2024 10:38 PM

TAWAU, 29 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan sebut harga untuk kerja baik pulih serta penyelenggaraan dua sekolah bernilai kira-kira RM200,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan kira-kira 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020.

“Suspek disyaki menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua sekolah di negeri ini di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE),” katanya di sini hari ini 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan