Kebakaran Dua Rumah Kedai: Warga Emas Melecur

30/07/2024 07:23 PM

SHAH ALAM, 30 Julai (Bernama) -- Seorang warga emas melecur dalam kejadian kebakaran yang melibatkan dua kedai dua tingkat di Kampung Telok Gadong, Klang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lelaki tempatan berusia 63 tahun itu melecur tahap satu pada bahagian muka.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.33 petang dan seramai 23 anggota dengan kekuatan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua tangki air serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran dua buah kedai kelas A bangunan dua tingkat berkeluasan 1,400 kaki persegi setia unit.

"Peratusan kemusnahan adalah sebanyak 90 dan 70 peratus dengan kebakaran telah berjaya dikawal dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan