Lapan Gerai Jualan Di Uptown Danau Kota Terbakar

31/07/2024 11:08 AM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sebanyak lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju (Uptown Danau Kota) di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.02 pagi.

Komander Operasi M. Letchumanan berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran 100 peratus membabitkan lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju.

"Operasi pemadaman dijalankan melibatkan kekuatan 14 anggota dengan api berjaya dikawal beberapa minit kemudian," katanya.

Letchumanan berkata kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan