Pelajar Sekolah Maut Motosikal Terbabas

01/08/2024 11:32 AM

IPOH, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar sekolah maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 27 Jalan Langkap-Kampar, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada 1.31 pagi itu, membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah terjatuh dari motosikal jenis Honda RS-X berwarna biru yang ditunggang dari Langkap menuju ke Kampar.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasst Trafik Inspektor Nohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya mengawasi dan tidak sesekali membenarkan anak masing-masing menunggang motosikal tanpa lesen atau terlibat dalam kegiatan lumba haram.

“Ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal di bawah had umur yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan