Polis tahan sepasang suami isteri, rampas 265 kg daun ketum

02/08/2024 07:04 PM

SEPANG, 2 Ogos (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 265 kilogram dedaun hijau disyaki daun ketum daripada mereka yang dianggar bernilai RM10,600, di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata masing-masing yang berumur 36 dan 38 tahun ditahan kira-kira 2.30 pagi oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kenderaan jenis Nissan Navara dinaiki pasangan itu menemukan 14 beg guni plastik berzip dengan di dalam setiap beg guni itu mengandungi plastik hitam berisi dedaun hijau disyaki daun ketum.

"Daun ketum yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran sekitar selatan Semenanjung," katanya.

Wan Kamarul Azran berkata hasil saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC manakala wanita negatif dadah.

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah lampau kini direman hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan