Polis Mohon Bantuan Kesan Alief Daniel

02/08/2024 10:33 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira 11.50 pagi, semalam.

Beliau berkata semasa kali terakhir dilihat di rumahnya, remaja itu berpakaian baju sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan warna merah bertulis 'Mars' dan berkasut sekolah warna hitam serta membawa beg galas berwarna hitam.

“Alief Daniel Ghazally berketinggian 163 sentimeter dan berbadan gempal dengan berat 80 kilogram.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan