Empat Laporan Polis Berkaitan 'Free Bible Course' Diterima Setakat Ini

03/08/2024 05:11 PM

MELAKA, 3 Ogos (Bernama) -- Polis Melaka setakat ini menerima empat laporan mengenai aktiviti mengedarkan risalah berkaitan kitab Injil dan menyebarkan agama Kristian di hadapan Surau Warisan di Bandar Hilir,  di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua laporan berkaitan kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.

“Laporan dibuat susulan video tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan individu menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai, di hadapan surau berkenaan.

“Pengadu meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat seperti yang tular dalam video tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sekumpulan individu menjalankan aktiviti mempromosi Free Bible Course's di hadapan Surau Warisan, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Berdasarkan video dirakam seorang pengayuh beca, niat dan kewajaran kumpulan itu menjalankan aktiviti mempromosi kitab Injil, kini hangat dipersoalkan netizen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan