Tiga Ditahan Bantu Siasatan Ceroboh Tanah PKPP

03/08/2024 08:41 PM

KUANTAN, 3 Ogos (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan menceroboh tanah Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) untuk memungut hasil durian, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan pada 2.30 petang daripada Penolong Pengurus PKPP Pamah Lebar, Raub yang mendakwa terdapat orang awam menceroboh tanah milik perbadanan itu. 

Beliau berkata susulan itu pihaknya menahan kesemua individu berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis setelah proses dokumentasi selesai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shahril turut menasihati orang ramai supaya sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan