63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

04/08/2024 11:27 AM

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 63 buah rumah setinggan dirobohkan dalam operasi bersepadu di sekitar bandaraya ini sebagai usaha menghapuskan penempatan haram dan membanteras jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kassim Muda berkata 13 pendatang tanpa izin turut ditahan dalam operasi itu.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan menghapuskan penempatan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Kassim berkata operasi seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membanteras jenayah, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan gejala sosial.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan