Kes Culik Albertine Leo: Polis Tahan Semula Suspek

04/08/2024 12:07 PM

JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Bernama) -- Polis hari ini menahan semula suspek lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas.

Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lepas akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu, tempoh reman lelaki berusia 31 tahun itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat hari ini dan dia dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan