Kastam Sabah Rampas Dadah Bernilai Lebih RM600,000

05/08/2024 12:33 PM

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas  20,393 gram dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM600,000 yang cuba diseludup melalui pesawat penumpang, 30 Julai lepas.

Penolong Ketua Pengarah berkenaan Siti Mang berkata rampasan itu dibuat di Lapangan Terbang Tawau pada 12.30 tengah hari dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 1 tengah hari.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan disyaki keldai dadah berumur 18 dan 29 tahun.

“Modus operandi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik berwarna hijau jenama Guanyinwang  yang diseludup masuk melalui kapal terbang penumpang bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti penyeludupan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan