Individu Rentung: Kereta Terbabas, Terbakar Dalam Parit

06/08/2024 09:34 AM

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan (kira-kira 100 kilometer dari sini) malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan terbakar 98 peratus serta terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

"Ketua operasi mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan