SPRM Tahan Dua Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000 

06/08/2024 01:01 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai kanan sebuah pertubuhan di negeri itu kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM14,000.

Menurut sumber kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pada 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber itu berkata kedua-dua pegawai kanan tersebut menerima wang terbabit sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk pertubuhan berkenaan.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Sumber itu berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan