Satu laporan polis dibuat berkaitan artikel pertukaran pegawai kanan Bukit Aman

06/08/2024 09:18 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Polis menerima satu laporan berhubung penerbitan artikel yang mendakwa akan berlaku pertukaran melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata laporan polis itu dibuat seorang pegawai dari Bukit Aman, petang tadi.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam laporannya mendakwa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara nama yang bakal ditukarkan ke agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

PDRM kemudian menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan