Remaja Ceroboh, Menyamar Petugas Hospital Direman Dua Hari

09/08/2024 10:19 AM

SEPANG, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman ke atas remaja berusia 14 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 dan 170 Kanun Keseksaan, iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Terdahulu, remaja itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dengan pakaian lokap berwarna oren, diiring polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, dekat sini.

Beliau berkata polis turut merampas baju, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan