Polis Tunggu Arahan DPP Berhubung Kes Kematian Pegawai Kadet TLDM

09/08/2024 04:47 PM

IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Polis Perak sedang menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi membuka semula kertas siasatan berhubung kes kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam, enam tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini berkata sekiranya terdapat arahan, kes itu berkemungkinan besar diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam 29 badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Lawyers For Liberty (LFL) menyerahkan satu memorandum bagi memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan kes kematian pegawai kadet itu.

Permohonan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh bulan lepas yang mengklasifikasikan kematian pegawai kadet berkenaan sewaktu menjalani latihan di Lumut pada 19 Mei 2018 lepas, sebagai kes homisid.

Ia mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner pada 16 Jun tahun lepas yang memutuskan ‘keputusan terbuka’ berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan