Remaja lelaki hilang di Putatan selamat pulang ke rumah

09/08/2024 10:10 PM

PENAMPANG, 9 Ogos (Bernama) -- Remaja lelaki Nicholas Chee Ping, 13, yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini telah pulang sendiri ke rumahnya di kampung itu malam semalam. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan remaja itu pulang ke rumahnya pada 9.25 malam selepas berada selama seminggu di rumah rakannya.

Menurut IPD Penampang remaja itu hanya menghubungi keluarganya setelah hebahan orang hilang serta laporan polis dibuat oleh keluarganya pagi semalam.

“Remaja terbabit pulang dengan selamat ke rumah keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, seorang lagi remaja lelaki Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, masih hilang dan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan