Bot Nelayan Indonesia Dikejar Satu Jam Sebelum Ditahan APMM

10/08/2024 05:09 PM

GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot bersama lima nelayan warga Indonesia yang menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan, semalam.

Pengarahnya Kapten Razali Kasim berkata kapal APMM yang sedang melaksanakan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan asing berada di perairan Malaysia dalam keadaan mencurigakan di 55 Batu Nautika Barat Daya Pulau Kendi, pada 11.45 pagi .

"Kapal APMM menghampiri bot nelayan asing itu dan mengarahkan berhenti bagi melakukan pemeriksaan lanjut namun bot berkenaan enggan berbuat demikian sehingga berlaku aksi mengejar hampir satu jam sebelum bot tersebut berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima kru termasuk tekong berusia 25 hingga 40 tahun gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua lelaki itu ditahan manakala bot dan hasil tangkapan mereka dirampas untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1986.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan