Penternak Buat Laporan Polis, Syak Tiga Lembu Dibaham Harimau

10/08/2024 07:17 PM

BANDAR PERMAISURI, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu yang  diternaknya mati dibaham harimau di Kampung Tapah, Langkap Baru dekat Sungai Tong, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Mohd Zain Mat Dris berkata wanita berusia 47 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis lepas.

“Pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa lepas, wanita berkenaan menyedari tentang kejadian itu ketika ke kandang ternakannya dan mendapati  tiga bangkai lembu miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zain berkata siasatan awal telah dijalankan pihaknya di lokasi kejadian, disertai wanita tersebut dan penduduk kampung.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan