SPRM Tahan Pegawai Penguatkuasa Disyaki Terima Rasuah RM120,000

10/08/2024 10:43 PM

KOTA KINABALU, 10 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai penguatkuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini dengan meminta rasuah bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang seludup yang ditahan oleh jabatan berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan  itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat membabitkan kes itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan