Lelaki Minum Racun Rumpai Selepas Tikam Isteri

10/08/2024 11:37 PM

JEMPOL, 10 Ogos (Bernama) -- Hanya kerana berlaku perselisihan faham, seorang lelaki berusia 32 tahun nekad minum racun rumpai selepas menikam isterinya di sebuah rumah di Bahau pada kira-kira 10 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 30 tahun itu telah ditikam dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dengan sebilah pisau.

"Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada adik lelaki mangsa pada 9.30 pagi.

Beliau berkata polis kemudian menerima makluman daripada kakak suspek bahawa lelaki itu didapati minum racun rumpai di kebun durian di Jelebu pada 2.30 petang dan kini menerima rawatan di Hospital Jempol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan