Bot Berlanggar Di Semporna: Dua Mayat Warga Filipina Ditemukan

10/08/2024 11:47 PM

SEMPORNA, 10 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran bot di perairan Pulau Sebangkat pada Selasa lepas ditemukan maut hari ini di perairan Pulau Bohey Dulang di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna DSP Fauzi Abd Kadir berkata kedua-dua mayat ditemukan  terapung oleh Pasukan Komando VAT69 yang menjalankan rondaan di kawasan itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Semporna untuk proses bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati kedua-dua mayat yang dijumpai adalah mangsa hilang akibat pelanggaran dua bot yang berlaku pada 6 Ogos di Perairan Pulau Sebangkat.

"Kedua-dua mayat yang ditemukan adalah lelaki berusia 20-an," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 280/304A Kanun Keseksaan.

"Masyarakat dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan isu yang belum disahihkan di media sosial kerana boleh menimbulkan kerisauan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaklumkan bahawa dua warga Filipina dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki dilanggar sebuah bot lain di perairan Pulau Sebangkat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan